Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Monday, April 26, 2010

PRK P 094 HULU SELANGOR : BN MENANG CARA “TIDAK ANAK JANTAN”

Penulis baru saja pulang dari PRK P094 Hulu Selangor awal pagi tadi.
Alhamdulillah, berkesempatan bersama Kontigen PAS Pahang ,selaku “Negeri Pembantu” dalam PRK kali ini di Felda Soeharto sejak 12 April lagi walaupun terpaksa berulang-alik ke Rompin dan beberapa lokasi kerana tugas yang tidak dapat dielakkan. Namun penulis dapat merasakan PRK kali ini sangat berbeza dengan beberapa PRK sebelum ini disebabkan banuyak faktor yang tidak dapat disebut disini.

Semasa di sana sangat sukar untuk posting kerana “line celcom” di Felda Soeharto tidak bagus. Yang bagus ialah MAXIS kerana ada pencawang dalam kawasan Felda tersebut.

Bagi penulis kalah menang dalam PRK atau PRU adalah perkara biasa yang harus diterima.
Walaubagaimanapun dalam PRK kali ini Nampak sangat ketara tektik kotor dan “tidak Jantan”nya BN dalam berkempen.

Pengunaan jentera kerajaan memang menjadi kebiasaan dan tidak terkecuali dalam mana-mana PRU atau PRK. Di Felda Soeharto tempat PAS Pahang bertugas didapati petugas BN berkempen dan menipu dengan mengatakan yang bertanding dalam PRK kali ini ialah Dato Najib bukannya orang India.

Dilaporkan pempinan BN menyebarkan tohmah dan fitah yang keterlauan terhadap Calon PKR dan juga Dato Sri Anwar. Maklumat yang boleh diercayai mengatakan Khir Toyo sanggup mengtohmah Anwar dalam versi “lucah dan jijik” walupun dihadapan peyokong wanita. Kandungan ceritanya tak sanggup saya ceritakan sini.

Bagi BN buat apa saja asalakan boleh menang . Namun begitu kemenangan dengn mejoriti 1725 undi dengan tahap kerja yang BN lakukan, penipuan , penggunaan jentera kerajaan , pengunaan wang yang berlebihan menunjukkan BN tidak kuat. Dengan undi pos berjumlah lebih 700 undi bermakna BN tidaklah segagah dulu lagi. Bagaiman jika dalam PRU? Apabila BN tidak dapat menurnkan bala tentera seperti dalam PRK?

InsyaAllah ,masa depan PR adalah cerah.

Saturday, April 17, 2010

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN KALI KE 26 BERLANSUNG DI MARKAS SEPAKAT, KUALA ROMPIN


ROMPIN 17 April 2010: Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Rompin kali ke 26 telah dirasmikan oleh En.Roslan bin Zainal al-Ahmadi ,Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang.

Mesyuarat telah dihadiri lebih 200 orang perwakilan dan pemerhati dari tiga DUN dari seluruh Kawasan Rompin , iaitu DUN Tioman, DUN Muadzam Shah dan DUN Ibam.

Dalam ucapannya antara lain Roslan telah mengingatkan tentang perlunya pimpinan dan ahli disemua peringkat mendokong Pelan Induk PAS Pahang (PIPP) bagi memenangi PRU 13 dan menawan Negeri Pahang.

Disamping itu juga pemimpin di peringkat kawasan perlulah menjadi murabbi kepada pimpinan dan ahli diperingkat cawangan. Murabbi bermaksud mampu berperanan sebagai fasilitator , moderator dan executor .

Mesyuarat yang telah berakhir pada jam 3.00 petang telah meluluskan tiga usul untuk diangkat ke Muktamar PAS Pusat yang akan berlansung pada Jun,2010 di Kota Bharu.

Thursday, April 1, 2010

JABATAN PILIHAN RAYA NEGERI ,PAS PAHANG (JPN) TURUN PADANG



TEMERLOH :1 April

Rombongan Jabatan Pilihan Raya Negeri PAS Pahang (JPN) yang diketui Cikgu Majid Hassan, Pengarah JPN telah turun ke Kawasan Kuala Krau bagi memantau persediaan kawasan kearah mengerakkan jentera pilihan raya bagi menghadpi PRU 13.

Majlis telah dihadiri lebih 30 orang pimpinan dan petugas pilihan raya dari seluruh kawasan di Markas Jabatan Pilihan Raya DUN Kerdau lebih kurang 17 kilometer dari sini.

Taklimat mengenai perancangan gerak kerja telah disampaikan oleh Sheikh Nazri Husain, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kuala Krau. Peserta taklimat menunjukkan minat yang tinggi dan mengambil bahagian secara aktif dalam sesi perbincangan pada malam tersebut.

Cikgu Abdul Majid Hassan dalam ulasannya setelah mendengar taklimat dan sesi perbincangan telah mengucapkan syabas kepada PAS Kawasan Kuala Krau yang telah merancang gerak kerja yang biak tapi masih perlu diperhalusi dalam semua aspek.

Tuesday, March 30, 2010

PAS ROMPIN GIAT TUBUH CAWANGAN BARU





Rompin 30 Mac, 2010

Cawangan penaja Bandar Melati dekat sini berjaya ditubuhkan malam tadi di rumah seorang aktivis PAS di Kawasan Perumahan Melati , En Shuhaimi bin Abdul Rani.

Lebih kurang 20 orang aktivis PAS telah hadir dalam majlis yang serba serdahana itu.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan Saudra Din Abu Bakar Muhammad , AJK PAS Kawasan Rompin diikuti dengan tazkirah mengenai kepentingan berada dalam Jama'ah yang disampaikan oleh Ustaz Sukri Hj.Ahmad Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin.

Turut berucap TYDP Pas Kawasan yang juga Pengerusi Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Kawsan Rompin. Tuan Haji Nasir Ismail adalah diantara AJK PAS Kawasan yang turut serta bersama rombangan PAS Kawasan ke Majlis tersebut.

Majlis yang berakhir sekitar jam 11.00 malam telah berjaya melantik AJK Penaja untuk cawangan tersebut.

Saturday, January 16, 2010

KELAB PENYOKONG PAS AKAN NAIK TARAF DEWAN


TEMERLOH : 16 Januari
Kelab Penyokong PAS akan dinaikkan taraf kepada Dewan Perhimpunan Penyokong PAS dalam masa yang terdekat.

Pengerusi Lajnah Perpaduan National Dr.Mujahid Yusof al-Rawa
telah memaklumkan demikian kepada peserta taklimat khas bagi pimpinan PAS peringkat negeri Pahang di Dewan Dato Abu Samah, Pejabat Badan Perhubungan PAS ,Pahang .Taklimat tersebut telah dihadiri oleh lebih kurang 100 orang peserta dari seluruh Negeri Pahang.

Mujahid juga telah memaklumkan bahawa Dewan ini akan berperanan mengabungkan semua penyokong-penyokong bukan Islam dari pelbagai kaum. Dewan ini juga akan menjadi medan bagi mengembangkan dakwah kepada kaum bukan Islam.

Thursday, December 31, 2009

HADIAH TAHUN BARU : HARGA GULA NAIK 20 SEN & ROTI PUTIH DIKELUARKAN DARI SENARAI BARANG KAWALAN


Hari ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan "hadiah tahun baru" dari "Kerajaan Prihatin, Rakyat Didahulukan" iaitu kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram menjadikan harga runcit baru gula di semenanjung Rm 1.65 sekilogram manakala di Sabah dan Serawak Rm 1.75 sekilogram.

Bukan itu sahaja ,seperti kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepengunaan ,Datuk Mohd.Zain Mohd.Dom yang disiarkan dalam akhbar-akhbar hari ini kerajaan menarik balik subsidi bagi roti putih dan mengeluarkannya daripada kawalan. (Berita Harian ,Jumaat 1 Januari 2010 m.s 6), The Star Friday 1 Jan 2010 , muka hadapan)

Setiap kali kenaikan barang berlaku pihak kerajaan akan membandingkan dengan harga barang di negra lain. Dengan ini diharapkan rakyat akan berpuas hati dengan hujah yang diberikan.

Di manakah letaknya strategi kerajaan bagi menentukan barang-barang keperluan utama ini dapat dikekalkan pada harga yang tidak membebankan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah. Bagaimana dengan strategi pertanian setelah 50 tahun lebih merdeka masih gagal membekal bahan mentah yang utama tanpa bergantung kepada import.

Apa yang membimbangkan kita ialah kesan berangkai dari kenaikan harga gula akan menyebabkan semua produk yang menggunakan gula akan meningkat. Walaupun kementerian berkenaan berjanji akan meningkatkan pemantauan bagi memastikan peniaga makanan dan pemilik restoran tidak menaikkan harga makanan sesuka hati , kita tidak begitu yakin ini boleh dilaksanakan dengan jayanya berdasarkan pengalaman yang lalu.

Apa yang nyata "rakyat didahulukan" dalam menangung beban hasil dari tindakan kerajaan yang tidak bijak dalam merancang ekonomi, ketirisan , rasuah dan pelbagai lagi.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP