Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Wednesday, August 19, 2009



MUNAQASAH UCAPAN DASAR PRESIDEN PERINGKAT NEGERI PAHANG: BEBERAPA RUMUSAN

Kesempatan bersama di Munaqasah tersebut mengizinkan penulis mencatat beberapa rumusan yang telah dibuat oleh Saudara Hasanuddin Salim Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Pahang merangkap Pengarah Program.

Munaqasah yang diadakan di Kompleks Imam as-Shafie (KIAS) Jerantut pada 16 Ogos, 2009 yang dihadiri oleh pimpinan PAS di semua peringkat dari seluruh Negeri Pahang telah dirasmikan oleh Yh Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang.

Ustaz Idirs Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat telah membentangkan Kertas Munaqasah Ucapan Dasar Presiden yang bertajuk Islam Memimpin Perubahan .

Diantara rumusan yang dapat dicatat ialah;
· Perlunya memperkasakan Parti dalam semua aspkek termasuk mengaktif dan
meningkatkan kualiti ahli
· Menwujudkan komunikasi dengan media termasuk mengadakan “P.R.O” dan
melibatkan tokoh dari pelbagai bidang
· Meningkatkan hubungan dan kerjasama dalam PR
· Mesra media termasuklah media-media “luar” yang boleh memberikan
kerjasama dengan kita
· Mengerakkan Gerak Kerja semasa secara bersepadu dan “solid”
· Memperkasakan dewan-dewan
· Meningkatkan kerja di semua peringkat Parti

Thursday, August 13, 2009

PELAJAR TASKI AL-HIRA’ MELAWAT BALAI BOMBA

Walaupun terpaksa membuat keputusan yang agak sukar ,pihak pengurusan dan guru-guru Taski Al-Hira’ Muadzam Shah telah meneruskan lawatan ke Kuantan pada 8 Ogos yang lalu.

Walaubagaimanapun langkah berjaga-jaga telah diambil ,maklumlah di musim “H1N1” ini.


Semua pelajar yang pergi dipastikan sihat dan tidak demam. Pelajar telah diberikan Vitamin C sehari sebelum pergi dan juga di hari perjalanan. Yang termampu bagi kita ialah berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa.


19 orang pelajar berserta 8 orang guru dan warga Taski telah menyertai rombongan tersebut dengan menaiki bas sewa khas, Mara Liner yang diketuai oleh Puan Norsilah Ghazali selaku Guru Kanan. (Gambar kanan)Pelajar telah dibawa melawat ke Taman Bandar, Kuantan dan Taman Pertanian , Indera Mahkota.


Tempat yang paling menarik bagi pelajar ialah Balai Bomba, Kuantan. Di sana kami telah diberi layanan yang baik dan mesra oleh pegawai- pegawai bomba yang bertugas. Pelajar-pelajar dan guru-guru telah didedahkan dengan kaedah dan tindakan yang perlu diambil di masa kecemasan yang melibatkan api.

Monday, August 10, 2009

TERIMA KASIH KEPADA AJK SURAU AL-IKHLAS

Beberapa Minggu lepas penulis mengendalikan satu kursus kepimpinan untuk kakitangan sebuah syarikat swasta di Batang Kali, Selangor.

Oleh kerana tidak menjagka tidak ada “budget hotel” di kawasan tersebut penulis yang sampai lewat pada malam sebelum kursus itu telah pergi ke masjid untuk bermalam. Malangnya semua tandas di masjid besar dan canik yang tersergam indah di atas bukit itu ditutup.
Walaupun ruang beranda masid tersebut tidak ditutup kemudahan tandas dan bilik air adalah penting untuk mereka yang bermusafir.

Penulis bernasib baik kerana dapat mengesan sebuah surau di taman yang berhampiran susuai untuk bermalam sekadar melepaskan penat.

Tahniah kepada Ahli Jawatan Kuasa suratu al-Ikhlas yang menyediakan ruang beranda yang selesa (lihat gambar di atas) untuk mereka yang bermusafir untuk melepaskan penat. Tandas dan bilik air juga tidak ditutup.

Semoga usaha yang ikhlas Surau al-Ikhlas mendapatkan ganjaran dari Allah SWT

Monday, June 22, 2009

PERISTIWA BERSEJARAH DI BUKIT KEPONG

14, Jun yang lalu saya bersama keluarga menghadiri majlis kenduri meraikan pernikahan anak saudara isteri saya di Kg.Renchong, Pagoh.


Dalam perjalanan balik, kami tid
ak melepaskan peluang untuk singgah melihat Tapak bersejarah Balai Polis Bukit Kepong.

Disinilah tempat terkorbannya 23 orang anggota polis mempertahankan kedudukan mereka di Balai berkenaan walaupun akhirnya bangunan balai itu dibakar oleh kominis.

Itulah diantara beberapa contoh pengorbanan anggota polis di zaman itu.


Teringat juga cerita arwah mertua saya Sub-Inspektor Ghazali Hj.Rais (3713) pernah mohon tukar bertugas ke Pasukan Polis Hutan (Field Force) kerana takut terlibat dengan rasuah jika bertugas dengan polis tugas am (general duty) kerana katanya di dalam polis tugas am "rasuah dah jadi budaya".

Nak terima mudah, tak nak terima susah ...malahan ada rasuah bentuk bulanan.

Dalam Pasukan Polis sekarang budayanya macam manas????
Katannya profesional , masalah "PATI" lari dari kem tahanan tak selesai !!!!!

Sebuk nak pantau "ceramah"!!!
Apa masalahnya !!!!!

Wednesday, June 17, 2009

KEMBALINYA SEORANG SYAHABAT

Haji Abu Hassan bin Mohamed al-Rawa (gambar semasa allahyarham menghadiri Bengkel Pengurusan Strategik Pas Kaw Lipis,pada15 Feb., 2009) ,Setiausaha PAS Kawasan Lipis telah pulang ke rahmatullah malam tadi di Hospital , Kuala Lipis.

Saya telah menerima berita kematiannya melalui "sms" daripada SU BPPNP Sdr. Roslan Zainal pada jam 10.04 minit malam ,17 Jun,2009.

Permergiannya merupakan kehilangan besar bukan sahaja kepada PAS Kawasan Lipis malahan tidak keterlaluan jika saya katakan satu kehilangan kepada PAS Pahang.

Allahyarham yang semasa hayatnya bertugas di RTM Pahang sebagai Juruteknik banyak menyumbang kepada PAS Pahang dalam bidang “ICT”.

Sebelum bergiat dengan PAS beliau aktif dalam ABIM di Kuantan.

Allahyarham juga telah dilantik sebgai Penyelaras Akademi Latihan PAS Pahang (ALiPP) bagi Zon Barat.

Kali terakhir saya bertemu dengannya ialah semasa Program Perasmian Bangunan PAS Pahang di Temerloh pada 09.06.2009 yang lalu. Sebelum itu pernah bersama dengan beliau semasa bertugas di PRK Bukit Gantang. Bersama dengannya melakar Pelan Lokaliti “Jalan Kg.Dew” .

Senyumannya masih terbayang dalam ingatan. Seorang yang bersedahana dalam banyak hal ,mudah mesra, tekun dan penyabar. Itulah memori yang tersimpan sejak berkenalan dan terus menjalin persyahabatan.

Semoga roh allahyaram di tempat bersama para pejuang dan syuhada, Ameen

Tuesday, June 9, 2009

SEDUTAN UCAPAN YAB TUAN GURU DATO NIK AZIZ BIN NIK MAT ,MURSYIDUL AM PAS MERANGKAP MENTERI BESAR KELANTAN

Berikut adalah sudutan ucapan Yab di Tapak Kompleks Tarbiyah Pas Pahang di Kerdau, Temerloh pada 9 Jun 2009, yang sempat saya catit . Semoga memberi manfaat kepada kita semua , InsyaAllah

Mukadimah

Ceramah yang kita adakan pada malam ini sama jugalah seperti khubah pada setiap hari jumaat Cuma tempatnya sahaja berbeza. Oleh itu dalam ceramah penekanannya juga hendahlah meramkumi 5 perkara;
1. Ucapan Alhamdulillah , syukur kepada Allah
2. Selawat kepada Nabi
3. Mengingatkan kepada bertakqwa kepada Allah
4. Memetik /membaca Ayat Al-Quran sebagai peringatan dan pengajaran
5. Doa kepada kaum muslimin dan muslimat samada yang telah hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Keutamaan Pembangunan Rohaniah
• Di dalam Islam kita lebih mengutamakan pembangunan Rohaniah
• Allah mengajar manusia dengan memulakan dengan wahyu yang pertama kepada Nabi
Muhammad dengan menurunkan Ayat Iqra’. Ilmu yang benar mesti berlandaskan ajaran
yang diwahyukan melalui Nabi @ RasulNya

Amar Maaruf Nahi Munkar
• Untuk menjaga agama dua perkara yang perlu ditekankan ialah ;
i. Suruh
ii. Larang

Inilah yang perlu ditekankan samada oleh seorang ibu kepda anak-anaknya ataupun oleh pemerintah kepada rakyat di bawah pemerintahannya. Jika ini tidak dilaksanakan dengan betul maka rosaklah sesebuah masyarakat.

Islam telah berkembang di Negeri Cina lebih-kurang 1,200 tahun yang lalu. Cina telah menerima suntikan Roh Islam jauh lebih awal daripada kita di Malaysia.

Oleh itu tidak ada sebab kenapa kita takut untuk menyampaikan Islam kepada bukan Islam di Malaysia. Masalahnya bila kita nak laksanakan hukum Islam di Malaysia seperti perlaksanaan hudud yang sebuk menentang bukannya orang cina atau orang India tetapi orang Melayu yang mengaku Islam.

• Islam dan Melayu adalah dua perkara yang berbeza. Islam boleh dimiliki oleh semua orang bukan sahaja orang Melayu. Di masa akan datang kita nak tenguk Pas dipimpin oleh Cina Islam . Dewan Ulamak ada Ulamak dari kalangan orang Cina.

Tingkatan Kejadian Makhuk

Makhluk yang dijadikan Allah dibahagian kepada tingkatan kejadian;

i. Batu-batan: kaku dan tidak bergerak
ii. Tumbuhan: Hidup dan tidak bergerak
iii. Haiwan: Hidup, bergerak, bernafsu tetapi tidak berakal
iv. Manusia: Hidup , bergerak , bernafsu
v.
Makanan Jasad dan Roh

• Jasad memerlukan makanan seperti nasi ,air dan lain-lain .Doktor adalah pakar yang boleh menasihatkan menusia untuk kebaikan jasad.
• Seperti juga jasad, Roh memerlukan makanan
• Makanan Roh ialah Zikrullah
• Roh perlu dibajai dan jaga dengan batas halal dan haram
• Nabi diturunkan untuk memberi panduan dalam hal berkaitan dengan Roh
• Maklumat melalui akal tidak mestinya betul kerana akalnya terbatas

Ikhlas dalam semua aspek

• Kita perlu ikhlas dalam semua perkara
• Jika kita ikhlas balasannya adalah pahala
• Ikhlas adalah dari ajaran Islam
• Orang yang tidak faham dan mendalami ajaran Islam tidak munkin dapat melaksanakan
konsep Ikhlas kerana tidak mendapat panduan dan jalan yang betul.
Contoh ;nak bina masjid guna duit hasil loteri kebajikan ,mana boleh

Mati bukan kesudahan

• Ingatlah mati bukan kesudahan
• Orang yang telah mati akan dibangkitkan semula dan dipersoalkan segala amalnya didunia
• Inilah “kertas-kerja”Allah. Allah mampu melaksanakan segala-galanya

Tindakan untuk berdakwah

• Tindakan kita ialah mesti berdakwah kepada semua orang dengan 3 pendekatan

i. Berdakwah ke jalan Tuhan
ii. Berdakwah dengan hikmah
iii. Jika berlaku perbezaan pendapat, berbahaslah dengan cara yang paling baik

Catatan: Tuan Guru sebelum itu pada petangnya telah merasmikan Bangunan Pas Pahang di Bandar Temerloh yang taelah dibeli dengan harag Rm 500,000.

Ceramah beliau di Tapak Kompleks Tarbiyah PAS Pahang telah dihadir oleh lautan manusia yang padat memenuhi tapak kompleks.

Turut menyerikan majilis pada malam itu ialah penyampain cek kepada waris-waris pencarum skim Dana Takwa Etka Takaful .

Pada malam itu juga beberapa orang penderma telah menyerahkan sumbangan untuk menampung kos pembelian bangnan Pas Pahang yang dibeli tanpa meminjam dari mana-mana instituisi kewangan.








  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP