Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Thursday, August 13, 2009

PELAJAR TASKI AL-HIRA’ MELAWAT BALAI BOMBA

Walaupun terpaksa membuat keputusan yang agak sukar ,pihak pengurusan dan guru-guru Taski Al-Hira’ Muadzam Shah telah meneruskan lawatan ke Kuantan pada 8 Ogos yang lalu.

Walaubagaimanapun langkah berjaga-jaga telah diambil ,maklumlah di musim “H1N1” ini.


Semua pelajar yang pergi dipastikan sihat dan tidak demam. Pelajar telah diberikan Vitamin C sehari sebelum pergi dan juga di hari perjalanan. Yang termampu bagi kita ialah berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa.


19 orang pelajar berserta 8 orang guru dan warga Taski telah menyertai rombongan tersebut dengan menaiki bas sewa khas, Mara Liner yang diketuai oleh Puan Norsilah Ghazali selaku Guru Kanan. (Gambar kanan)Pelajar telah dibawa melawat ke Taman Bandar, Kuantan dan Taman Pertanian , Indera Mahkota.


Tempat yang paling menarik bagi pelajar ialah Balai Bomba, Kuantan. Di sana kami telah diberi layanan yang baik dan mesra oleh pegawai- pegawai bomba yang bertugas. Pelajar-pelajar dan guru-guru telah didedahkan dengan kaedah dan tindakan yang perlu diambil di masa kecemasan yang melibatkan api.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP