Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Sunday, April 10, 2011

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN ROMPIN KALI KE 27 BERJALAN LANCAR


Muadzam Shah: AHAD 10 April

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Rompin kali ke 27 yang telah dirasmikan oleh Ustaz Saiful Bahari bin Mamat ,Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu berjalan dengan lancar.

Mesyuarat yang telah berlansung di Markas PAS Cawangan Keratong 3 yang terletak lebih kurang 30 km dari sini. Seramai 220 orang perwakilan dari seluruh Kawasan Rompin telah menghadiri mesyuarat tersebut.

Tiga jawatan tertinggi yang menang tanpa bertanding ialah Yang Dipertua ,Timbalan Yang Dipertua dan Ketua Urusan Ulamak. Jawatan Timbalan Pengerusi Tetap dan Pemeriksa Kira-Kira juga menang tanpa bertanding. Dua Puluh Tujuh perwakilan bertanding jawatan AJK setelah beberpa orang menarik diri dari bertanding.

Ustaz Sukri Haji Ahmad mengekalkan jawatan Yang Dipertua manakala Mazlan Mohamed Yasin terus diamanahkan sebagai Timbalan Yang Dipertua. Syed Hassan bin Syed Othman mengekalkan jawatan Ketua Urusan Ulamak.

Mesyurat yang berjalan sepanjang hari itu berjalan dengan lancar walaupun adakalanya suasana agak agak hangat terutamanya dalam membahaskan Usul.

Antara usul yang telah diterima ialah menyokong diadakan Bersih 2 dan Usul mengutuk "politik kotor" khususnya dalam Isu Video yang mengaitkan dengan Dato Sri Anuar Ibrahim.






0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP