Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Saturday, January 29, 2011

GERAK KERJA PILIHAN RAYA DI UNIT PETI UNDI (UPU)FELDA TENANG BERJALAN LANCAR

Alhamdulillah ,setakat ini segala persiapan bagi menghadapi PRK N 05 Ten

ang pada hari esok berjalan dengan lancar.

Petugas dari Kontingen PAS Negeri Pahang telah berkampung di sini seawal 14 Januari lagi.

Sepuluh Kawasan telah diturunkan dalam lima gelombang (Syif). Namun begitu kawasan yang tidak diarahkan turun dialu-alukan m

enghantar petugas mereka terutamanya yang m

empunyai kemahiran dalam kerja-kerja PRK.

Hari ini petugas-petugas bersama pimpinan PR telah mengedarkan Bahan Kempen te

rakhir iaitu Harakah Keluaran Khas ke semua rumah pengundi di UPU ini.

Hari semalam petugas telah mengedarkan bubur lambuk ke lebih-kurang 400 buah rumah

di seluruh Felda ini.

Bagi melicinkan kerja ,Negeri Pahang telah dibantu oleh Kawasan Air Hitam ,Batu Pah

at

dan Tenggara disamping Cawangan Felda Tenang sebgai tuan rumah.

Sepanjang berkampung di UPU ,kerja-sama antara Kawasan-Kawasan Pembantu berjalan dengan baik. Gerak Kerja Pilihan Raya di UPU Felda Tenang dipimpin oleh Sdr.Mazlan Mohd.Yasin ,SU JPN PAS Pahang sebagai Ketua Mas’ul .Dibantu oleh Hj.Husin Sujak ,Tim.Mas’ul 1 dan Alias Sawab sebagai Tim.Masul 2.

Melihat kepada penguasan isu dan Prestasi Calon hingga ke hari ini Penulis ber

pandanga

n, Calon PAS bagi PRK ini ,Normala Sudirman (Cikgu Mala) mempunuyai harapan untuk memenagi PRK Kali ini.

Cikgu Mala, dalam lawatan ringkasnya ke UPU ini pagi tadi mengambil kesempatan

mengucapkan terima kasih kepada semua petugas. Beliau jug menyatakan keredhaannya menerima apa jua keputusan pada hari esok. Semoga segala kerja dan usaha dikira sebagai amal soleh, InsyaAllah

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP