Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Sunday, December 20, 2009

AHLI POLITIK BN PAHANG CEROBOH TANAH


Kenyataan Tan Mohd.Aminudin Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Ehwal Felda Pahang mengenai tindakan ahli-ahli Politik yang tamak menceroboh Tanah Kerajaan di Negeri Pahang (yang sudah pasti dari BN sebab Kerajaan BN berkuasa di Pahang.) tidak boleh dipandang remeh.

Beliau mendedahkan kepada Sinar Harian hari ini 21 Dec.,2009 seluas 5,500 hektar tanah di Pahang telah diceroboh. Sebenarnya ini bukan satu perkara baru.

Selain dari itu kita juga mendapat maklumat ada pihak yang berkepentingan yang bersekongkol dengan ahli-ahli Politik BN di Negeri Pahang telah menjual tanah Simpanan Melayu kepada pihak luar. Kita berharap pihak berwajib khususnya pemimpinan kerajaan Pahang perlu mendedahkan juga perkara ini.

Setiap penyelewengan yang berlaku kononnya tindakan akan diambil kepada pihak yang bersalah. Namun lazimnya hanya janji tinggal janji.

Kadang-kadang yang bercakap nak mengambil tindakan itulah "Naga' macam mana nak bercakap pasal "Buaya"

2 comments:

Anonymous Monday, 21 December, 2009  

Ni lagi satu pemilik sifat munafik! Tunggulah pengadilan di Padang Mahsyar nanti. Atau barangkali mereka tu tak percaya dengan Hari Kiamat? Na uzubillah.

garamlada Friday, 25 December, 2009  

Itulah ahli politik UMNO/BN...sifatnya; harapkan pagar, pagar makan padi. Tapi malang masih ramai rakyat Pahang yang menyanjung ahli-ahli politik UMNO yang busuk ini....

Post a Comment

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP