PRK P.059 BUKIT GANTANG MEMPERLIHATKAN KEMATANGAN RAKYAT
Lebik dua minggu penulis bersama petugas PAS Pahang  berkampung di Bukit Gantang bagi memberikan sedikit sumbangan dalam menentukan kemenangan Calon PAS.
Segalanya telah berlalu. Manusia merancang Allah menentukan segala-galanya.
Lebih 500 orang petugas dari Pahang telah turun di sepanjang musim PRK kali ini.
Sepanjang musim PR penulis bersama dan rakan-rakan petugas  hampir  tidak berpeluang mendengar perkembangan melalui  T.V , Radio atau akhbar arus perdana ,cuma sesekali mendapat pangilan telefon dari keluarga dan syahabat yang berada di luar kawasan PR. .  Nyata sekali seluruh media milik kerajaan  berat sebalah dalam menyamapikan maklumat. Mereka seolah-olah menjadi agen kempen untuk BN.
Walaubagaimanpun bagi kami yang berada di “medan” dapat melihat “mood’ rakyat yang jelas lebih memihak kepada PR.
Bukan sahaja PR mendahului dari sudut ceramah , EXPO PAS juga mendapat sambutan yang lebih berbandng EXPO BN yang sering kali kelihatan sepi. Program kemsyarakatan yang dianjurkan oleh PR khusunya PAS lebih mendapat  sambutan.
Di hari mengundi  ternyata penyokong PR lebih ramai di pusat-pusat pembuangan undi . Bukan itu saja ,Penyokong PAS mempunyai kaedah tersendiri yang lebih menarik ,dengan laungan selawat, nasyid , zikir dan diselangi takbir yang bergema.
Penyokong  BN yang ketandusan modal seringkali bertindak ikut  emosi yang menyebabkan suasana  menjadi  tegang.
Alahamdulillah ,rakyat dapat menilai, mana kaca ,mana Intan. Walaupun Najib yang baru menjadi Presiden UMNO dan PM dikhabarkan mengarahkan jenteranya  buat  apa saja bagi menentukan kemenangan PRK Bukit Gantang ,keputusan telah membuktikan rakyat menolak Calon BN.Bukan sekadar itu saja , PRK P.059 memberi amaran kepada  BN zaman perjuangan sempit berasaskan kaum telah berakhir.
Masyarakat telah faham perjuangan berasaskan kaum tidak mampu menjadi penyelesai masalah ummah.
Oleh itu penyelesaiannya mesti  berteraskan Islam.
