Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Tuesday, April 19, 2011

KENANGAN DI TANJUNG DATU


PRU DUN Sarawak baru saja berakhir .

Keputusan telah pun diketahui pada 16 April malam yang lalu.

Kontingen PAS Pahang yang pada awalnya telah dirancang untuk bertugas di Sebuyau bersama PAS Kedah sebagai Negeri Peneraju telah diamanahkan ke Tanjung Datu sebagai Negeri Peneraju apabila PAS bertanding di Lima Kerusi dalam PRU kali ini.

Sepertimana yang diarahkan oleh PAS Pusat, Kontingen PAS Pahang telah turun pada 1 April dengan kekuatan Gelombang Pertama seramai

13 orang . Gelombang Kedua yang diterbangkan pada 8 April terdiri daripada 20 petugas.

Disamping itu juga ada kawasan-kawasan yang menghantarkan petugas atas perbelanjaan kawasan atau petugas itu sendiri. Pada hari pembuangan undi Putgas PAS Pahang adalah sekitar 30 orang. Inilah semangat jihad yang harus diteladani.

PAS Pahang turun kali ini di DUN yang tidak pernah ditandingi oleh PAS sebelumini.

Di sini tidak ada Cawangan atau jentera. PKR yang bertanding sebelum ini hanya mampu meraih 400 lebih undi dan hilang wang pertaruhan.

Objektif PAS bertanding disini adalah untuk meletakkan tapak dan dakwah.

Dengan segala kepayahan Petugas Pahang

bersama Negeri Pembantu Johor dan Melaka

tetap tabah berhadapan segala rintangan dan halangan .Sebahagiannya tidak pernah dialami semasa bertugas di mana-mana PRU atau PRK di Semenanjung.

Setelah berusaha sedaya-upaya dengan sumber yang terbatas selama dua minggu akhirnya segala penat dan lelah terubat juga apabila keputusan diistiharkan, calon PAS mendapat 1002 undi dan tidak hilang wang pertaruhan.

Tahniah kepada seluruh petugas PAS Pahang ,PAS Johor dan Melaka.Semo

ga segala amal yang dicurahkan dapat memberat timbangan di akhirat kelak, InsyaAllah

Sunday, April 10, 2011

MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN ROMPIN KALI KE 27 BERJALAN LANCAR


Muadzam Shah: AHAD 10 April

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Rompin kali ke 27 yang telah dirasmikan oleh Ustaz Saiful Bahari bin Mamat ,Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu berjalan dengan lancar.

Mesyuarat yang telah berlansung di Markas PAS Cawangan Keratong 3 yang terletak lebih kurang 30 km dari sini. Seramai 220 orang perwakilan dari seluruh Kawasan Rompin telah menghadiri mesyuarat tersebut.

Tiga jawatan tertinggi yang menang tanpa bertanding ialah Yang Dipertua ,Timbalan Yang Dipertua dan Ketua Urusan Ulamak. Jawatan Timbalan Pengerusi Tetap dan Pemeriksa Kira-Kira juga menang tanpa bertanding. Dua Puluh Tujuh perwakilan bertanding jawatan AJK setelah beberpa orang menarik diri dari bertanding.

Ustaz Sukri Haji Ahmad mengekalkan jawatan Yang Dipertua manakala Mazlan Mohamed Yasin terus diamanahkan sebagai Timbalan Yang Dipertua. Syed Hassan bin Syed Othman mengekalkan jawatan Ketua Urusan Ulamak.

Mesyurat yang berjalan sepanjang hari itu berjalan dengan lancar walaupun adakalanya suasana agak agak hangat terutamanya dalam membahaskan Usul.

Antara usul yang telah diterima ialah menyokong diadakan Bersih 2 dan Usul mengutuk "politik kotor" khususnya dalam Isu Video yang mengaitkan dengan Dato Sri Anuar Ibrahim.






Friday, April 8, 2011

PETUGAS PAHANG DI DUN TANJUNG DATU



Petugas PAS Pahang diamanahkan menerajui gerak kerja di N 03 DUN Tanjugn Datu dalam Parlimen Santubung.


Dua Negeri Pembantu yang lain ialah Johor dan Melaka.

DUN Tanjung Datu ini terletak di sekeliling dan disekitar Bandar Lundu yang terletak lebih kurang 100 Km dari Bandar Raya Kuching. Sewa Taxi dari Kuching pada waktu siang sekitar Rm 150 untuk sebuah taxi. Terdap

at juga perkhidmatan pengangkutan mengguna

kan Van dan Bas Eksperess yang lebih murah.

Perkhidmatan Bas dari Kuching ke Lundu

bermula dari jam 8 pagi ke 4 petang.

Kontingen PAS Paha

ng yang telah tiba pada 1 April lalu te

lah membuka Markas Operasi DUN di Bandar

Lundu ,berhampiran dengan Stesyen BAS Lundu.

Dalam PRU ke !0 ini PAS yang

yang bertanding 5 DUN telah meletakkan

Puan Nini bt. Sahari seorang anak tempatan untuk bertanding di DUN ini.

Sambutan masyarakat terhadap PAS di Kawasan

ini sangatlah baik.


  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP