Assalamua'aikum,Terima kasih atas kehadiran anda.Semoga setiap perkongsian maklumat didalam blog ini membawa kebaikan kepada kita bersama.

Sunday, February 15, 2009



PAS LIPIS ANJUR BENGKEL PEMERKASAAN

Pas Kawasan Kuala Lipis telah mengadakan bengkel tersebut pada 15.02.2009 di Markas Kg.Bapong, Kuala Lipis bermula jam 8.30 pagi.
Bengkel sehari yang dihadiri 58 orang peserta muslimin dan muslimat terdiri dari pimpinan kawasan dan cawangan telah dirasmikan oleh Hj.Ramli bin Abdullah ,YDP PAS Lipis.

Turut hadir Saudara Roslan Zainal al-ahmadi ,Setiausaha Perhubungan Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang.

Dalam sesi sebelah pagi peserta telah didedahkan dengan Asas Perancangan Strategik yang telah disampaikan oleh penulis sendiri.

Dalam sesi kedua penulis juga telah membentangkan "Strategi PAS untuk semua "khususnya dalam kontek Pendaftaran Pemilih.

Majlis seterusnya diikuti dengan Bengkel yang dipecahkan kepada 4 kumpulan membincangkan Pelan Tindakan bagi menjayakan kerja pemerkasaan parti di seluruh peringkat dalam Kawasan Lipis.

Tahniah kepada saf kepimpinan PAS Kawasan Lipis yang telah betindak pro-aktif menjayakan Bengkel Pemeriksaan bagi memantapkan lagi seluruh organisai.

Saturday, February 14, 2009

AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA): SIAL DAN CELAKA



Program sehari di Kompleks Imam As Shafie ( KIAS ) , Temin, Jerantut hangat dengan perbincangan mengenai ISA bersempena Himpunan Pemuda Bantah ISA (HAPUS) yang telah dirasmikan oleh Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Persuruhjaya PAS Pahang pada 14 Februari 2009.
Petugas PR PAS Pahang dalam PRK P.036 juga diraikan dalam jamuan makan tengahari dalam majlis yang sama. Turut hadir Hj.Muhamad Sabu Naib Presiden PAS dan Yb Hj.Mohd.Abdul Wahid Endut Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang memberi ceramah pada sesi petang.

Forum mengenai ISA menarik minat lebih 500 peserta dari seluruh negeri Pahang yang mejoritinya adalah pemuda dari kawasan –kawasan disamping beberpa orang pimpinan negeri dan kawasan.

Forum Mansuhkan ISA dipengerusikan oleh Sdr.Abdullah Karim seorang peguam muda yang juga AJK Pemuda PAS Pusat telah menjemput 3 orang ahli panel terdiri daripada Sdr.Hanifa Maidin (peguam) , AJK PAS Pusat, YB Shaari Sungip (bekas tahanan ISA) dan Cikgu Norlaila Osman (isteri tahanan ISA)
Dibawah ini adalah di antara isi perbincagan dalam forum tersebut;

Ahli Panel Pertama: Sdr.Hanifa Maidin
• ISA sial kerana mereka yang ditahan tidak boleh membela diri
• ISA celaka kerana sampai sekarang tidak dimansuhkan
• Tujuan ISA diwujudkan untuk menghapuskan kominis dan subversif. Menurutnya jika kerajaan kata komunis telah tiada kenapa perlu lagi ISA ? Jika “kominis masih ada maknanya ISA gagal menghapuskan kominis. MAKNANYA ISA DALAM APA KEADAAN ADLAH TIDAK RELEVEN
• ISA bercangah dengan agama kerana merobek hak kemanusiaan kerana mangsa ISA tidak diberi peluang membela diri
• Setelah Akta ini dipinda dalam tahun 80an keputusan untuk menahan mangsa ISA tidak boleh dipersoal/dicabar di mahkamah. Kuasa menahan menjadi hak mutlak KDN tanpa boleh dipertikai

Ahli Panel Kedua: Cikgu Norlaila Osman

• Gerakan Memansuhkkan ISA diangotai 82 Parti Politik dan NGO
• Bermula dengan Gerak yang diasakan oleh Allahyarham Ustaz Fadhil Noor
• Beliau telah menceritakan bagaimana suaminya yang telah di tahan tanpa dibicara sejak tahun 2002. (Telah 7 tahun dalam tahanan)
• S.B adalah makhluk yang dilaknat Allah
• Jangan percaya kepada SB dan jangan beri sebarang maklumat kepada S.B kerana mereka penipu
• Semua pemimpin Kerajaan BN termasuk Pak Lah tak mahu berjumpa isteri tahanan ISA walaupun telah buat temujanji.Melainkan hantar budak pejabat mereka saja . “Pak Lah Tak Guna”

Ahli Panel ketiga: YB Shaari Sungip

• Tahanan ISA lazimnya akan dilayan baik diperingakat awal dan akhir tahanan kerana manusia mudah menginggat yang mula dan akhir dalam mana-mana pertemuan.
• ISA bertujuan mematahkan semangat perjuangan. Setiap tahanan diusahakan sampai jadi troma.
• Di Malaysia ada lebih 2,000 SB
• TIPS UNTUK BAKAL TAHANAN ISA
“ DON’T THRUST SB” & NEVER THRUST SB
JIKA DISOAL SIASAT : MENGAKU /TAK MENGAKU JIKA KEPUTUSAN KDN NAK DIMASUKKAN KE KEMUNTING TETAP KE KEMUNTING
SB HANYA FAHAM BAHASA MAKI
ZIKIR, HAFALAN & AMALAN KENA KUAT
JIKA DIARAHKAN LONDEH PAKAIN ,JANGAN LONDEH SENDIRI :MERERKA NAK UJI SEJAUH MANA KITA MAMPU MEMPERTHANKAN MARUAH

Doa seorang pejuang ketika dalam tahanan di Kem Kemunting;

“JIKA AKU DIBEBASKAN, JANGANLAH JADIKAN AKU KAGUM DENGAN SANJUNGAN MANUSIA”

Thursday, February 12, 2009

BN TERDESAK ,RAMPAS HARAKAH ,SUARA KEADILAN & SEKAT CERAMAH


Barisan National (BN) dalam keadaan terdesak apabila tewas 5 Negeri dalam PRU 12 dan kecundang dalam PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Semua orang tahu UMNO/BN sangup melakukan apa saja bagi menentukan survival politik mereka. Diantara ramai pemimpin BN Najiblah orang yang paling tertekan dengan kekalahan dalam 2 PRK kerana beliau telah diamanahkan menjadi “ketua panglima”di kedua “gelangang” tersebut tetapi tersukur ke bumi tewas di kedua-dua nya. Disamping itu dia sedang menunggun untuk dinobatkan sebgai Peresiden UMNO namun prestasi dan imejnya makin menurun.

Oleh itu apabila Taujul Rosli gagal dalam melaksanakan misi untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak Najib yang mengambil alih Pengerusi Perhubungan BN Perak telah berhempas pulas untuk menaikkan imejnya.

Tindakan tidak beretika Najib dengan “muka tak malu” mengadap Tuanku Sultan walaupun dia tidak ada kena mengena dengan Negeri Perak kerana kuasa Eksekutif di peringkat Negeri Perak mengikut perlembagaan ialah MB sendiri ,iaitu DS Niazar bukannya TPM.

Sultan yang tidak memperkenankan Pembubran DUN atas permintaan DS Nizar telah “malu alah” dengan Najib ,entah mengapa kita pun tak faham sebab baginda sepatutnya lebih faham sebab bekas pengamal undang-undang di peringkat tertinggi.

Sepertimana kita lihat penulisan oleh pengamal-pengamal undang yang bebas semuanuya menyebut MB Perak dan Kerajaan PR yang ada sekarang masih sah sehingga berlaku 2 perkara samada “Undi Tidak Percaya” melalui siang dewan khas atau Pembubaran Dewan dan laksanakan Pilihan Raya.

Sekarang ini kita difahamkan Kerajaan Pak Lah dan Najib melakukan tindakan “pengecut’ dan “khianat’ dengan merampas Harakah dan Suara Keadilan. Kemudian menggunakan polis untuk menyekat ceramah politik di seluruh negeri Perak.
Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk menyekat maklumat yang betul dan tepat daripada sampai kepada masyarakat.
Inilah tidakan penakut dan bacul kerana takut kepada bayang-banyang sendiri .

“Kita merangcang ,Allah juga merancang sesungguhnya Perancangan Allah itu adalah sebaik-baik Perancangan.

Saturday, February 7, 2009

PERGOLAKAN POLITIK PERAK: PILIHAN RAYA ADALAH PENYELESAIANNYA


Rakayat Malyasia menyaksikan satu pergolakan politik di negeri Perak apabila Najib selaku Pengerusi BN Perak mengistiharkan Pembentukan Kerajaan BN di Perak kepada BN sebelum Majlis Angkat Sumpah MB (BN) lagi. Apakah Najib mempunyai kuasa untuk mengistiharkan ini?

Sebab itulah dia (NAJIB) layak digelar ketua perompak dalam isu ini. Dialah punca segala kekecohan.
Selain dari Najib ,SPR juga bertanggung-jawab kepada punca kekecohan ini kerana tidak mengadakan pilihan raya apabila V.Sivakumar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (PR) telah memaklumkan kekosongan 2 kerusi ADUN telah wujud.

Sewajarnyalah SPR mengadakan pihanraya tanpa mempertikaikan surat perletakan jawatan dari dua orang ADUN dari Changkat Jering dan Behrang.

Ramai yang menganggap SPR munkin dipangaruhi oleh BN untuk tidak mengadakan pilihan raya kerana mereka telah fobia dengan pilihan raya setelah kalah teruk di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Kita juga difahamkan pintu stadium di Ipoh telah dikunci sehari sebelum Najib mengadap Tuanku Sultan Perak. Atas arahan siapa stadium ini dikunci sehingga Majlis Solat Hajat oleh penyokong PR di Perak terpaksa mengadakan solat hajat di Kediaman MB Perak.

Tidakkah ini satu tindakan “tidak bermaruah”, “tidak beratika” dan menyalahi peraturan dan adat.

Mengkut laporan dalam akbar The Star 7 Feb.09 semua dokumen rasmi dan dokumen peribadi Datuk Sri Nizar telah dikeluarkan dari pejabatnya termasuklah yang berada dalam laci mejanya.

Ini Ankara siapa? Pihak polis mesti siasat dan tangkap petualang ini dan dalang dibelakannya. Siapa lagi jika tidak petualang-petualang yang bertopeng kononnya nak memperjaungkan masa depan rakyat.

Polis Malaysia yang katanya antara yang terbaik di dunia kena siasat dan bawa ke muka pengadilan.

Dalam soal “menderhaka” kepada Raja . Nizar tetap akan patuh kepada keputusan Tuanku cumanya sekarang beliau tidak perlu meletak jawatan kerana berlum ada undi tidak percaya yang dibuat dalam siding khas dewan. Soal keputasan Tuanku menerima pelatikan MB (BN) itulah yang PR berharap tuantku menimbang semula keputusan itu.

Penyelesaian yang terbaik dalam keadaan 28 BN dan 28 PR di dalam dewan (3 bebas) ,walaupun "bebas" mengaakan mereka menyokong Bn yang terbaik ialah adakan pilihan raya negeri , beri peluang kepada rakyat memilih dalam "scenario" semasa ini apakah pilihan mereka.

Jika BN anak jantan kenapa takut untuk berdepan dalam pilihan raya.

Thursday, February 5, 2009

BN AMAL POLOTIK JAHAT :NAJIB USAHA ROMPAK KERAJAAN PERAK


BN memang terkenal dengan mengamalkan polItik jahat sejak zaman berzaman, dulu kini dan selamanya. UMNO & BNlah yang mengotorkan politik sehingga fahaman tentang “politik kotor “ ini sukar untuk dibersihkan.

BN sangat cemburu dengan penguasaan perkembangan Pakatan Rakyat (PR) dalam Politik Malaysia.
Kejayaan PR menguasai 5 negeri selepas PRU 12 dan kemenangan PR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sangat merunsingkan BN.

Kesetablian dan Kerjasama dalam PR berbeza dengan apa yang berlaku dalam BN sangat membimbangkan BN .Jika ini berterusan hingga ke PRU 13 pentanda BN akan berkubur.
Oleh itu BN dengan apa cara sekalipun serta kuasa di peringkat pusat yang ada ditangan mereka cuba menyekat kemaraan PR dalam Landscape baru politik Negara.

Apa yang berlaku di Perak jelas menunjukkana BN tidak "gentleman" dan mempergunakan SPR dan Instituisi Raja untuk merompak Kerajaan di bawah PR yang telah mendapat dan kepercayaan Rakyat.

Disamping kedurjanaan Najib dan BN itu kita lihat juga bagaimana tidak bermruahnya Dato Nasaruddin ,ADUN Bota yang kembali kepada UMNO/BN setelah hanya 10 hari menyertai PKR.
Dengan alasan kesetabilan politik. Apakah sepuluh hari sebelum itu dia tidak tahu tentang kesetabilan politk di Perak. Memang dasar “putar beit”, “lidah bercabang” ,tidak ada maruah lebih teruk daripada “katak”

Selain dari itu, harus juga diambil ikhtibar khusus saudara-saudara dan "adik-adik " dalam PKR fikirkanlah program tarbiyah khusus bagi ahli-ahli yang beragama Islam. Kekuatan dalam sangat penting. Lihatlah bagaimana Kerajaan Kelantan dulu dapat dipertahankan walaupun dalam keadan mejoriti 1 kerusi. InsyaAllah kerana Exco dan ADUN yang ditarbiyah.

Penulis yakin ramai pimpinan PKR yang boleh melaksanakan program tarbiyah terutamanya bekas-bekas aktivis ABIM dan JIM. Jika program ini tidak disegerakan kita bimbang hayat PKR tidak panjang .

Perjuangan yang hakiki berteras Aqidah yang Betul dan Niat yang Ikhlas mencari Keredhaan Ilahi.

Monday, February 2, 2009

BERSAMA DATO TUAN IBRAHIM: PERSURUHJAYA PAS PAHANG DI KERATONG 10



Penulis telah telah menyentuh tentang perkembangan Islam Global dan Kebangkitan Islam di Abad ke 20. Beliau juga menyorot perkembangan Pertubuhan Islam Dunia dan juga Nusntara.



Abad 20 katanya adalah “The Third Wave Of Islamic Movement”


Dato Tuan dalam ucapannya antara lain menyentuh tetang dasar perjuangan PAS dan UMNIO. Beliau menegaskan ukuran kebenaran seorang itu atau keIslaman seseorang itu bukan boleh diukur dengan pakaian semata-mata tetapi berlandaskan syhadah yang betul.

Manakala untuk menilai kebenaran sesebuah Parti itu berlandaskan Perlembagaannya . Parti yang benar mengikut Islam mestilah berlandaskan Al-Quran.

Beliau yang baru saja balik dari Palestin telah berkongsi pengalaman yang mahal bersama hadirin yang diangarkan melebihi 300 orang.

Beliau bersama 8 orang pimpinan Pas telah ke sana pada 25 Jan dan berkesempatan berjumpa Dr.Musa Abu Marzuk piminan ke 2 tertinggi HAMAS serta menyerahkan bantuan Rm 245,000.

Rombongan beliau telah difahamkan oleh pimpinan Hamas setakat ini belum ada lagi bantuan dari Kerajaan Malaysia yang samai ke tangan Hamas. Jika ada pun munkin diberikan kepada Fatah (Fatah adalah sekutu Yahudi).

Beliau juga menyebut kepentingan berpolitik kerana Saidina Othman bin Affan ada menyebut “Apa yang tidak dapat diselesaikan oleh Al-Quran hendaklah disempurnakan oleh Politik”

Maksudnya ialah kepentigan mempunyai kuasa.

Beliau juga menjelaskan PAS bukanlah sempurna kerana sifat benda yang bergerak memang tidak akan sempurna tetapi landasan PAS jelas iaitu Islam.

Marilah memberikan sokongan kepada ISLAM

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008Admin Mazlan YasinTerima kasih atas kehadiran anda....

Back to TOP